Posts

Showing posts from May, 2016

Cerita plus pesanan

Assalamualaikum w.b.t Keputusan SPM batch 1998 pun dah keluar pada tarikh 3 Mac 2016. Alhamdulillah keputusan aku walaupun tidaklah semua A, tapi bangga jugaklah dengan usaha diri sendiri yang dah berhempas pulas masa nak jawab kertas exam yang penuh keKBATan dalam dewan. Masa aku post entri ni adalah hari keputusan UPU (16 Mei 2016) yang dah keluar pukul 12 tengahari tadi. Agak berdebar jugak dengan keputusan sebab dah hantar permohonan yang kena mohon 12 pilihan. Masih ragu-ragu sebab perlu pertimbangkan antara dua tawaran iaitu Matrikulasi dengan UPU yang baru keluar ni. Tapi, ikut kata hati je sebab rasa yang berat nak ke matrikulasi. InshaaAllah kalau takde pape halangan jejaklah kaki aku ke sana. Aamiin... Nasihat kakak-kakak sis la cakap kalau buat pilihan untuk UPU tu (ni tips untuk junior yang akan buat permohonan UPU tahun yang seterusnya la), pilihan pertama sekali tu letaklah pilihan course yang paling korang minat sangat-sangat. Macam sis (tetiba je jadi hakak k

A Warm Hello

Hai assalamualaikum! Terima kasih sebab sudi 'lawat' blog aku yang tak seberapa ni. Sebenarnya sebelum ni pernah jugak buat blog.  Tapi dah dipadam sebab takde idea nak post entri ape. Lagipun time tu sibuk lagi dengan pelajaran kat sekolah. Mula buat blog time tingkatan 1 (2011), itupun kawan yang tolong ajar macam mana nak mula. Lepas tu pandai-pandai sendiri la cari idea macam mana nak bagi menarik and cantik. Sekarang, bila dah buat blog yang kedua pun masih terkial-kial lagi sebab dah lain sangat settingnya pun. Okay tu je, bai