Cerita plus pesanan
Assalamualaikum w.b.t
Keputusan SPM batch 1998 pun dah keluar pada tarikh 3 Mac 2016. Alhamdulillah keputusan aku walaupun tidaklah semua A, tapi bangga jugaklah dengan usaha diri sendiri yang dah berhempas pulas masa nak jawab kertas exam yang penuh keKBATan dalam dewan.

Masa aku post entri ni adalah hari keputusan UPU (16 Mei 2016) yang dah keluar pukul 12 tengahari tadi. Agak berdebar jugak dengan keputusan sebab dah hantar permohonan yang kena mohon 12 pilihan. Masih ragu-ragu sebab perlu pertimbangkan antara dua tawaran iaitu Matrikulasi dengan UPU yang baru keluar ni. Tapi, ikut kata hati je sebab rasa yang berat nak ke matrikulasi. InshaaAllah kalau takde pape halangan jejaklah kaki aku ke sana. Aamiin...
Nasihat kakak-kakak sis la cakap kalau buat pilihan untuk UPU tu (ni tips untuk junior yang akan buat permohonan UPU tahun yang seterusnya la), pilihan pertama sekali tu letaklah pilihan course yang paling korang minat sangat-sangat. Macam sis (tetiba je jadi hakak korang pulak).
Lebih baik kalau junior yang nak hantar apa-apa permohonan contoh macam UPU yang sampai 12 pilihan kena letak dalam senarai tu (jangan kata sikit, yang sikit tu la yang pening kepala), elok buat solat istikharah, rajin baca review senior-senior post dekat blog-blog diaorang pasal course atau universiti pilihan korang tu, tanya pendapat ibu bapa/adik beradik/guru-guru especially kaunselor bertauliah/ sedara-mara yang ada anak course tu or dekat universiti tu dan last sekali baru kawan-kawan. Tahu kenapa kawan-kawan sis letak last sekali? Sebab takut sis terpengaruh atau berubah fikiran yang boleh menyebabkan sis keliru. Sebab ada je yang jenis suka ikut kawan minat course apa tapi bukan bergantung minat diri sendiri. Bahaya la jugak.
Tapi satu jelah prinsip, jangan cepat terpengaruh atau tak tetap pendirian sebab kita yang akan hadapi masa depan kita sendiri yang macam-macam kita akan tempuh nanti. Cuma pandai-pandai la pertimbangkan. Fikir baik-baik masa hari terakhir tarikh tutup permohonan.
Biasanya akan ada wujud satu laman web (nama dia Soaring Upwards rasanya) ni yang membolehkan korang isi keputusan SPM korang kat situ dan dia akan senaraikan semua course yang korang layak mengikut universiti. Tolak la siap-siap mana yang korang tak minat supaya senang buat pilihan. Tapi, kalau tak dapat jangan kecewa menonggeng pulak ye. Harap bertabahlah.
Lagi, kalau pasal matrikulasi pulak. Matrikulasi biasanya akan keluar dulu dalam bulan April sebelum UPU dalam bulan Mei tapi kemasukan ke kolej tu lambat lagi (bulan Jun). Sis, alhamdulillah dapat Matrikulasi Perak (KMPk) yang kat Gopeng tu, jurusan sains M001 PST (Program Satu Tahun) modul 3. Tapi sebab UPU nak keluar, belum isi lagi borang pendaftran online matrikulasi tu sebab nak tahu keputusan UPU dulu. Bila dah keluar, insyaaAllah dalam masa terdekat ni akan buat persediaan mental fizikal. Hahaha.. Matrikulasi punya hari pendaftaran bulan Jun ni (5/6/16). Dahlah sehari sebelum puasa Ramadhan. Sedihnya. Berpuasa dan berhuhuhu jelah kat situ. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang dapat situ jugak tapi belum tentu lagi nak pergi sebab ada yang mengharap kat UPU sama macam sis. Hahaha
Jadi, lepas dah terungkai 'misteri' semua keputusan keluar. Bersiap sedialah dokumen-dokumen penting untuk bawak masa hari pendaftaran nanti. Fuhhh.. semua dah kena uruskan sendiri. Yelah.. dah nak melangkah masuk alam ala-ala universiti kan. Kalau aku, bab menguruskan semua benda sebelum nak masuk ni yang malas. Rasa macam nak taknak je. Hahaha.. Lagi-lagi barang yang nak dibawak ke sana macam contoh pakaian, barang peribadi, alat tulis semua tu.
Baiklah, takat sini jelah aku nak mengomel pun. Nanti kalau ada idea banyak lagi dengan izin Allah, aku akan post lagi. Bai

Comments
Post a Comment