Posts

Showing posts from 2018

Bell Palsy

Image
Assalamualaikum! Entri kali ni nak cerita pasal pengalaman aku kena bell palsy. Fyi, aku kena benda tu masa cuti sekolah bulan lepas (disember 2017). Firstly, macam tak sedar pun dari awal tanda-tanda bell palsy ni. Cuma terasa la jugak lidah kebas-kebas macam baru lepas kena bius (perasaan yang sama kalau bius kat klinik gigi), kepala sakit macam kena migrain, mata sebelah kiri pulak rasa berdenyut-denyut hampir dua hari jugak rasanya. Malam sebelum yang kesan separuh muka dah tak boleh nak gerak (not totally tak boleh gerak 100%, tapi nak berkerut tu memang garis yang atas dahi tu tak naik, senyum pun senget ke sebelah kanan, nak minum pun susah, makan pun kena pakai sudu, gosok gigi pun bila berkumur air keluar sebab mulut tak boleh tutup rapat sepenuhnya, mata sebelah kiri tak boleh nak pejam (lagi-lagi masa tidur kena pakai penutup mata sebab takut apa-apa serangga masuk mata kan) lepas tu mata lambat kelip mulalah mata cepat je rasa pedih, and for sure hidung sebelah je kemban

IPG - Part 2

Image
                                                        Assalamualaikum, Hi!  Alright, second post aku pasal IPG ni aku nak cerita mula dari aku start daftar, orientasi, suasana kelas macam mana, kawan-kawan aku, senior, dan banyak lagilah kalau aku rajin. Hahah dan kalau korang rajin baca jugak terima kasihlah sudi-sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni. View dari dapur surau IPBA Okay, firstly... lepas daftar kat main hall IPGKBA tu kena settle bayar yuran RM500 kalau tak silap la. Daftar untuk bilik pulak, style dekat sini macam rumah dalam apartment. Adalah 5 bilik (A,B,C,D,E). Rumah pulak siap ada pantri. Kalau blok lama macam blok 1-7 tandas/bilik mandi dorang ada yang dalam bilik contoh bilik A, tapi bilik-bilik lain kena pakai tandas/bilik mandi dekat luar bilik. Sekarang ni aku tengah Semester 2 PPISMP, jadi aku tinggal dekat blok lama. Sebab setiap kali akhir tahun, kitaorang akan bergilir-gilir tukar blok sebab nak bagi adil. Masa Semester 1, aku dapatlah m