Bell Palsy
Assalamualaikum!
Entri kali ni nak cerita pasal pengalaman aku kena bell palsy. Fyi, aku kena benda tu masa cuti sekolah bulan lepas (disember 2017). Firstly, macam tak sedar pun dari awal tanda-tanda bell palsy ni. Cuma terasa la jugak lidah kebas-kebas macam baru lepas kena bius (perasaan yang sama kalau bius kat klinik gigi), kepala sakit macam kena migrain, mata sebelah kiri pulak rasa berdenyut-denyut hampir dua hari jugak rasanya. Malam sebelum yang kesan separuh muka dah tak boleh nak gerak (not totally tak boleh gerak 100%, tapi nak berkerut tu memang garis yang atas dahi tu tak naik, senyum pun senget ke sebelah kanan, nak minum pun susah, makan pun kena pakai sudu, gosok gigi pun bila berkumur air keluar sebab mulut tak boleh tutup rapat sepenuhnya, mata sebelah kiri tak boleh nak pejam (lagi-lagi masa tidur kena pakai penutup mata sebab takut apa-apa serangga masuk mata kan) lepas tu mata lambat kelip mulalah mata cepat je rasa pedih, and for sure hidung sebelah je kembang sebelah lagi tak. Hahaha
Ingat lagi, tarikh 13/12/17 tu aku sempat lagi relaks makan Sushi King. Tapi time tu mata sebelah kiri memang dah bengkak (eyebag jatuh) dan asyik rasa berdenyut. Masa tengah tunggu makanan, saja cuba buat duck-face tapi senget, kembungkan pipi macam nak tiup belon pun tak boleh. Mulalah rasa macam pelik. Haritu buat macam biasa je, siap shopping bagai. Esoknya baru sedar pasal muka sebelah tak react, dah cuak dah masa tu. Cuba search kat google, type tanda-tanda macam kebas, mata berdenyut, and so on lepas tu terjumpa la pasal bell palsy. Bila dah baca post pasal orang yang dah pernah kena macam lega sikit la sebab benda tu orang lain pun dah pernah kena bukan aku sorang je. Tapi yang sedihnya, menangis aku sebab fikir perasaan takut berapa lama makan masa nak sembuh, boleh ke sembuh macam biasa (bila tengok gambar-gambar masa muka aku normal lagilah menangis). Yelah, nasib baik kena masa cuti, kalau masa tengah belajar duduk kat kolej tak ke lagi kesian kat diri. Masa awal-awal tu malu jugak la bila fikir nak pergi mana-mana nanti orang senyum kat aku tapi aku senyum senget. Ibu dengan ayah of course la orang yang paling sedih tengok anak dia kena macam tu, sebab mana pernah orang lain dalam sejarah family pernah kena benda-benda camni. Huhu
Sebenarnya taktahu la punca apa yang menyebabkan aku kena bell palsy ni, nak kata stress pun entahlah sebab masa tu duduk rumah je cuti sekolah kan (since IPG cuti sama macam budak sekolah cuti). Mungkinlah, salah satu punca mungkin masa aku demam seminggu tu aku tak sentuh langsung ubat demam (sebab memang sejenis tak suka makan ubat). Kalau nak tahu pengalaman orang lain (Kak Fiona) yang pernah kena bell palsy ni bolehlah tekan link ni,
cc: Oh! Media punya post
Masa dalam proses nak sembuh tu, pertama sekali memanglah kena jumpa doktor kan untuk ambik ubat (Prednisolone, 5mg) rasanya kalau tak silap la. Kalau aku, kena makan ubat tu untuk 4 hari yang pertama 12 biji dua kali makan, 3 hari yang berikutnya kena makan 12 biji jugak tapi sekali makan. Dahlah macam biasa tak suka makan ubat biji, gagah jugaklah walaupun terpaksa bagi ubat tu kembang dulu dalam air sebab tak reti nak telan ubat biji. Hehehe... and one more thing, masa hari ke-3 makan ubat, ibu bawak pergi berurut untuk elokkan saraf. Walaupun lepas urut tu sengal-sengal badan tapi redho jelah sebab tu proses nak baik kan. Kena bawak bersabar jelah. Dalam masa seminggu tu, urut dua kali je. Tapi kalau ikutkan patutnya 3 kali, tapi sebab dah urut 2 kali pun dah nampak perubahan baik. Walaupun dah urut, diri sendiri pun kena rajin jugak buat senaman muka.
Lepas dah seminggu makan ubat, kena jumpa doktor balik dan doktor pun kata okay cuma doktor tambah ubat lagi untuk 3 hari tapi jumlah nak kena makan tu berkurang dahlah tak macam yang sebelum tu. Doktor pun cakap kalau berlaku lagi, jumpa doktor macam biasa (tapi dalam hati, berharaplah sangat taknak kena dah). Ohhh haaa lupa nak cakap kesan makan ubat tu, taktahu la kalau aku sorang je ke yang rasa sebab mula-mula muka akan nampak kembang dan selera makan bertambah. Boleh dikatakan aku memang makan banyak gilaaaaaaaa time kena benda tu.
Once kena bell palsy ni, memang mood kelaut sebab rasa down sangat-sangat. Bersyukur sangat orang sekeliling aku masa tu selalu bagi semangat kata inshaaAllah akan sembuh, doa banyak-banyak. Aku pun fikir memang Allah s.w.t nak uji aku, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi supaya aku jadi lebih dekat dengan Dia, lebih sayang diri aku, lebih hargai nikmat yang aku dapat. Sebenarnya kena positif je masa kena ujian ni, bersangka baik. Dannnnnn alhamdulillah, less than two weeks aku dah sembuh. InshaaAllah doa-doa jelah yang baik-baik supaya benda ni tak berlaku lagi. Aamiin :)
Comments
Post a Comment