Posts

Bell Palsy

Image
Assalamualaikum! Entri kali ni nak cerita pasal pengalaman aku kena bell palsy. Fyi, aku kena benda tu masa cuti sekolah bulan lepas (disember 2017). Firstly, macam tak sedar pun dari awal tanda-tanda bell palsy ni. Cuma terasa la jugak lidah kebas-kebas macam baru lepas kena bius (perasaan yang sama kalau bius kat klinik gigi), kepala sakit macam kena migrain, mata sebelah kiri pulak rasa berdenyut-denyut hampir dua hari jugak rasanya. Malam sebelum yang kesan separuh muka dah tak boleh nak gerak (not totally tak boleh gerak 100%, tapi nak berkerut tu memang garis yang atas dahi tu tak naik, senyum pun senget ke sebelah kanan, nak minum pun susah, makan pun kena pakai sudu, gosok gigi pun bila berkumur air keluar sebab mulut tak boleh tutup rapat sepenuhnya, mata sebelah kiri tak boleh nak pejam (lagi-lagi masa tidur kena pakai penutup mata sebab takut apa-apa serangga masuk mata kan) lepas tu mata lambat kelip mulalah mata cepat je rasa pedih, and for sure hidung sebelah je kemban

IPG - Part 2

Image
                                                        Assalamualaikum, Hi!  Alright, second post aku pasal IPG ni aku nak cerita mula dari aku start daftar, orientasi, suasana kelas macam mana, kawan-kawan aku, senior, dan banyak lagilah kalau aku rajin. Hahah dan kalau korang rajin baca jugak terima kasihlah sudi-sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni. View dari dapur surau IPBA Okay, firstly... lepas daftar kat main hall IPGKBA tu kena settle bayar yuran RM500 kalau tak silap la. Daftar untuk bilik pulak, style dekat sini macam rumah dalam apartment. Adalah 5 bilik (A,B,C,D,E). Rumah pulak siap ada pantri. Kalau blok lama macam blok 1-7 tandas/bilik mandi dorang ada yang dalam bilik contoh bilik A, tapi bilik-bilik lain kena pakai tandas/bilik mandi dekat luar bilik. Sekarang ni aku tengah Semester 2 PPISMP, jadi aku tinggal dekat blok lama. Sebab setiap kali akhir tahun, kitaorang akan bergilir-gilir tukar blok sebab nak bagi adil. Masa Semester 1, aku dapatlah m

IPG? - Part 1

Image
Okay hi! Assalamualaikum Ini first post aku nak cerita pasal life aku lepas matrik (Ex KMPk 16/17). Yup, macam yang korang perasan tajuk entri aku tu IPG kan. Yes, aku sambung belajar kat IPG sekarang ni dalam kos Teaching of English as a Second Language (TESL). Kat IPG mana? Kat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) Yang ini time kiteorang satu kelas nak tangkap gambar sama-sama for the first time Nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah mohon dah tahun lepas (2016) tapi lupa nak hantar permohonan and just simpan as draft sebab ada maklumat yang tak lengkap. Macam kelakar je sehari selepas tarikh tutup permohonan baru sedar tak hantar. Kalau tak, aku dah sama batch dah dengan yang sebaya aku yang sekarang ni dah masuk PISMP Semester 1 ambilan Jun 2017. Sekarang ni aku kira lambat setahun daripada dorang, takpelah redha jelah kan. Sebaya ke tak asalkan dapat sambung belajar. So, sekarang ni aku ni PPISMP ambilan Jun 2017 sebab kena lalui dulu Program Persediaan Ijazah S

Matriculation Life - Part 3

Image
Okay, aku masuk Part 3 pulak. Part paling penting dalam life aku kat matrik. Yes, of course la. Kalau takde dorang ni, hambar gila life aku kat sana. Aku akan cerita based on gambar okay.  Ni tiga bae kuntum bunga wangi kesayangan aku. Yang ni pun, sekuntum bunga yang manja. Haha Okay bawah ni aku start cerita pasal sorang-sorang pe'el perangai dorang macam mana. Mah a.k.a Hanis. Sebenarnya aku dah kenal dia dah since aku masuk SMKA Kerian dulu. Tapi aku tak berapa cam dia sangat pun. Tahu-tahu je sekelas. Dia ni paling rock dan paling gila dalam geng kiteorang. Dia ni nampak je ganas tapi hati dia perghhh... aku pun confuse dia dengan Pia mana lagi banyak cakap. Tapi, kalau dia ni sembang dengan Pia, bab* pun boleh terbang. Hahaha, kalau dia dengan Azira pulak lagi laaa. taknak kalah do, ada je benda nak gaduh. Gaduh manja jelaaa... Mah ni aku kagum dengan dia pandai gila bab programming dengan subjek Chemistry. Aku duk sebelah dia dalam lab Sains Komputer

Matriculation Life - Part 2

Image
Alright, sambung balik Part 2. Heheh walaupun dah kira terlambat sebab dah habis matrik baru nak update. Actually taktahu nak cerita apa sebenarnya. Tapi adalah sikit idea nak bebel pasal kawan-kawan masa kat matrik dulu, pasal surrounding kelas and lecture macam mana.  Okay, first aku nak cerita pasal kelas dulu. Ermm, kat matrik ni ade tiga modul yang kiranya macam course la. Modul 1 ni subjek dia Matematik, Fizik, Kimia, Biologi. Modul 2, bezanya dia takde Biologi tapi ada Sains Komputer. Yang last pulak, Modul 3, bezanya pulak dia takde Fizik tapi ada Sains Komputer lebih kurang macam Modul 2 la. Aku kat KMPk dulu ambik modul 3 dan tak tukar modul pun since dah tahu dari awal. Ada je yang mintak tukar dari Modul (1-3) ke Akaun. Tapi okay je, boleh je bawak kalau dari budak sains ke akaun. InshaaAllah, yang penting duduk matrik kena rajin je. Okay nak sambung, biasanyalah aku perhati kalau modul 3 macam tak ramai lelaki. Taktahu lah kalau kat matrik lain. Modul 2 ramai lelaki.

Matriculation Life - Part 1

Image
Assalamualaikum, Hai. Kali ini entri aku agak special lah jugak sebab first post update kat KMPk ni. Alhamdulillah la, proses pendaftaran dan segala urusan berjalan dengan lancar. Hari first masa daftar, aku pergi berempat je dengan ahli keluarga aku. Aku, abang aku yang drive, kakak sulung (Kak Ngah @ Akak) dengan kakak yang ketiga (Kak Cik). Biasalah hari first daftar (5/6/2016) still lagi kukuh dalam ingatan sebab macam baru lagi kan. Baru dua bulan, tapi macam-macam perasaan ada bila masuk sini. Sedih, gembira, biasa-biasa je. First benda aku jejak kat KMPk ni. Keluar kereta lepas parking kat padang yang besar tu. Terus bimbit dokumen-dokumen penting yang perlu bawak time daftar dengan perasaan cuak. Lepas je settle sesi penyerahan dokumen, dapatlah kunci bilik. Aku dapat blok SERI KERIAN  (T2.07). Terus ajak Akak dengan Kak Cik nak hantar beg baju sebab nak cop katil. Masa tu dalam hati dah terfikir-fikir macam mana lah rupa roommates yang aku dapat nanti. Naik

Cerita plus pesanan

Assalamualaikum w.b.t Keputusan SPM batch 1998 pun dah keluar pada tarikh 3 Mac 2016. Alhamdulillah keputusan aku walaupun tidaklah semua A, tapi bangga jugaklah dengan usaha diri sendiri yang dah berhempas pulas masa nak jawab kertas exam yang penuh keKBATan dalam dewan. Masa aku post entri ni adalah hari keputusan UPU (16 Mei 2016) yang dah keluar pukul 12 tengahari tadi. Agak berdebar jugak dengan keputusan sebab dah hantar permohonan yang kena mohon 12 pilihan. Masih ragu-ragu sebab perlu pertimbangkan antara dua tawaran iaitu Matrikulasi dengan UPU yang baru keluar ni. Tapi, ikut kata hati je sebab rasa yang berat nak ke matrikulasi. InshaaAllah kalau takde pape halangan jejaklah kaki aku ke sana. Aamiin... Nasihat kakak-kakak sis la cakap kalau buat pilihan untuk UPU tu (ni tips untuk junior yang akan buat permohonan UPU tahun yang seterusnya la), pilihan pertama sekali tu letaklah pilihan course yang paling korang minat sangat-sangat. Macam sis (tetiba je jadi hakak k