IPG - Part 2
Alright, second post aku pasal IPG ni aku nak cerita mula dari aku start daftar, orientasi, suasana kelas macam mana, kawan-kawan aku, senior, dan banyak lagilah kalau aku rajin. Hahah dan kalau korang rajin baca jugak terima kasihlah sudi-sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni.
View dari dapur surau IPBA |
Okay, firstly... lepas daftar kat main hall IPGKBA tu kena settle bayar yuran RM500 kalau tak silap la. Daftar untuk bilik pulak, style dekat sini macam rumah dalam apartment. Adalah 5 bilik (A,B,C,D,E). Rumah pulak siap ada pantri. Kalau blok lama macam blok 1-7 tandas/bilik mandi dorang ada yang dalam bilik contoh bilik A, tapi bilik-bilik lain kena pakai tandas/bilik mandi dekat luar bilik. Sekarang ni aku tengah Semester 2 PPISMP, jadi aku tinggal dekat blok lama. Sebab setiap kali akhir tahun, kitaorang akan bergilir-gilir tukar blok sebab nak bagi adil. Masa Semester 1, aku dapatlah merasa kejap 5 bulan dekat blok baru macam blok 8 dan 9. Bangunan baru so okaylah kemudahan dia semua baru. Alhamdulillah setakat ni rumah yang aku dapat semua okay. Tiptop...
Ini la view dari blok IPBA. Cantik kan. :) |
Dapat belajar dekat IPBA ni pun dah cukup bersyukur sebab senang. Senang sebab kalau nak balik pun, IPBA ni dekat sangat dengan stesen LRT Kerinchi yang connect dengan KL Sentral (centre kalau nak pergi mana-mana pun guna pengangkutan awam macam LRT, MRT, komuter, ETS dll. Jadi, takde masalah la. InshaaAllah... by the way IPBA ni dekat jugak dengan Midvalley, NU Sentral dan KL Gateway (tempat biasa aku kalau nak shopping barang sebab malas nak pergi jauh-jauh).
Token kalau nak naik LRT. Pakai kad lagi senang boleh topup je TnG Watsons or Kad RapidKL (student punya boleh dapat half price kot kalau tak silap, entahlah) |
Pasal orientasi, tak lama pun kejap je tak sampai seminggu. Ada masa kena pakai baju putih, tudung hitam dengan kain hitam. Macam-macam program la ada time orientasi tu. Wajib pergi eh.. lepas tu adalah time yang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang akan handle. Buat macam-macam benda... malas nak cerita panjang-panjang sebab nanti macam tak suprise pulak kat batch yang baru masuk nanti. Hahahaha..
Pasal makan pulak, setakat ni okay jelah takde masalah sebab kantin pun ada sediakan makanan waktu rehat. Time rehat untuk waktu pagi dalam pukul 10.00-10.30. Biasanya masa tu dah ada siap dah hidang makanan untuk tengahari, jadi kalau nak makan tengahari siap-siap pun boleh. Kalau taknak makan pun, dekat Koop ada jual macam-macam. Kalau makan petang pulak, biasanya aku akan beli makanan dekat Scud (aku taktahu kenapa panggil macam tu). Macam-macam masakan panas boleh order, burger pun ada. Selain Scud, ada jugak tempat makan macam blok 10 (sebelah blok kediaman UniKL) dan Restoran Amjal (seberang jalan nak masuk simpang blok kediaman IPBA). Nak makan macam-macam boleh je, tapi fikir kadang-kadang tu banyaknya sebab nafsu je. Hahaha... taktahu la 'sape' yang makan.
Kat blok 10 ada jugak makanan western |
Okay, jadual kelas. Kelas memang akan mula pukul 8. Jadi, kena pandai-pandailah tetapkan masa sampai tepat ke kelas seelok-eloknya 5 minit sebelum kelas mula. Kadang tu semput jugak sebab kena naik tangga banyak nak pergi kelas (dahlah kelas kat tingkat 3).
Contoh macam mana rupa tangga kiteorang. Tapi yang ni tangga kat padang |
Kiteorang Kelas A dengan Ustaz Nazri @ mentor masa last kelas Semester 1 |
Assignments pulak biasanya dapat awal dalam minggu ketiga macam tu kot seingat aku, adalah tempoh untuk siapkan lepas tu submit ikut due date yang dah bagi. Alhamdulillah la, assignments aku setakat Sem 1 haritu hantar tepat masanya time nak kutip oleh course representative subjek tu.
Masa ni baru lepas settle assignment task yang kiteorang kena berlakon untuk subjek GSB @ Kesantunan Masyarakat Malaysia. Inilah geng-geng yang aku rapat kat IPG ni. Alhamdulillah :) |
Macam nilah rupa macam mana kiteorang sampai kena tulis due date nak hantar assignments. Hahaha (bukan aku punya gambar tau) |
Course Representative @ CourserRep ni tugas dia bantu lecturer subjek tu sampaikan apa-apa maklumat berkaitan, ambik LCD nak guna time P&P dalam kelas, kutip assignments, sediakan attendance dll yang berkenaan. Aku pernah jadi CourseRep ni masa Sem 1 untuk subjek Language Development (TSL 1014) @ LDV, serik jugaklah sebab subjek ni memang time dia waktu pagi lepas tu kena bangun awal untuk cop LCD. Style lecturers dekat sini biasanyalah akan guna slides PowerPoint untuk ajar time mass lecture (kuliah) dengan tutorial. Waktu kelas tutorial akan adalah aktiviti/task yang kiteorang kena buat sama ada berpasangan atau berkumpulan. Lepas tu kena present dekat depan, confident tu kena ada (padahal kat depan kelas time present la aku tetiba nervous). Kelas ada time gap rehat waktu tengahari pukul 1.30-2.30. Lepas tu kalau ada kelas petang ke, start la pukul 2.30-4.30. Macam tu la hari-hari, ada hari yang tak pun. Contoh macam hari Isnin, petang tu ada perhimpunan atau perjumpaan mentor mentee. Hari Khamis pulak ada aktiviti senamrobik yang akan kumpulkan semua pelajar dekat quadrangle (tempat lapang tengah-tengah antara blok kelas).
First time active main futsal, tu pun sesaja letak nama nak try. Hahaha last-last kelas A menang jugak. Sepak pun kelaut ada hati nak main lagi. Coiiiii |
Suasana dalam kelas macam dekat sekolah jugak tapi style budak U la, bukan budak sekolah lagi dah. Ada ClassRep @ ketua kelas, penolong ClassRep, bendahari (kutip duit at least RM5 sebab nak fotostat banyak bahan daripada lecturer). Nota kuliah boleh dapat daripada lecturer lepas tu print dan letak dalam portfolio pelajar senang untuk buat rujukan lagi-lagi bila dah nak dekat exam. Lagipun portfolio tu lecturer biasanya akan tengok dari masa ke semasa.
Ada subjek yang lecturer akan suggest untuk beli buku rujukan. Kalau macam subjek Literature In English (TSL 1034), memang akan ada novel yang kena belajar semester tu. Contoh macam aku Semester 1, belajar novel To Kill A Mockingbird by Harper Lee. Best la jugak belajar subjek-subjek untuk Tesl ni. Mencabar sangat... Semester 2 ni pulak belajar subjek Drama In English pulak. Alhamdulillah, result aku Semester 1 okaylah. Hehe kena usaha lebih lagi lepas ni.. Aamiin
Masa ni lecturer bagi kitaorang duduk dekat library buat revision. Nampak tak macam fake? Hahaha |
Last! Pasal senior pulak, alhamdulillah la senior kat okay boleh tahanlah best, friendly, baik bolehlah kalau nak mintak tolong inshaaAllah dorang tolong (terima kasih JPP yang tolong aku time pindah barang tu). Bak kata sape entah, IPBA ni kecik je. Hahahahahaha... so kalau jumpa ke terserempak kat mana-mana pun inshaaAllah la boleh kenal ni budak IPBA. Since yang batch before aku yang baya aku, takdelah rasa awkward sangat. Contoh macam Khaireen dengan Aiman Nabilah (sebut sebab dorang kira macam special jugaklah), plus Safaa, Iffah Syamimi and ada lagilah. Senang nak bergaul dengan dorang, at least aku yang lambat setahun daripada dorang pun boleh mesra cepat.
Yang ini time kiteorang buat usrah last dekat Taman KLCC. |
![]() |
Masa ni ada aktiviti JoBuh @ Jogging lepas Subuh. Lepas tu buat usrah dekat Taman UM. |
Alhamdulillah la ada program usrah yang biasanya setiap seminggu sekali. Nama kumpulan usrah aku pelik sikit, depe yang bagi nama Cadbury Oreo. Masa usrah ni lah nak erat-eratkan rapat-rapatkan silaturrahim dengan kawan-kawan, isi jiwa dengan benda berilmiah sebab kalau takde usrah ni memang akan rasa kosong (taktahu la kalau orang lain rasa macam mana) lagi-lagi budak U macam aku ni. Benda kalau tak cari, takkan datang.
Fyi, ni antara hidangan yang kelab Lajnah Tarbiah sediakan time yang giliran kelab kena masak. Boleh makan ramai-ramai kat surau, free je dan boleh ajak non-muslim join sekali. |
Saja join Pertandingan Busana Muslimah time i-Fest. Motiffff sangattt kan masuk benda camtu. Hahaha dahlah catwalk pun nak terpeleot. |
Baiklah takat ni jelah aku cerita eh. Selalu nak update tapi selalu malas sebab idea banyak sangat kan. Hahaha okay bye!
#JPPfunction
#IloveIPBA
Comments
Post a Comment