Matriculation Life - Part 1
Assalamualaikum, Hai.
Kali ini entri aku agak special lah jugak sebab first post update kat KMPk ni.
Alhamdulillah la, proses pendaftaran dan segala urusan berjalan dengan lancar.
Hari first masa daftar, aku pergi berempat je dengan ahli keluarga aku.
Aku, abang aku yang drive, kakak sulung (Kak Ngah @ Akak) dengan kakak yang ketiga (Kak Cik).
Biasalah hari first daftar (5/6/2016) still lagi kukuh dalam ingatan sebab macam baru lagi kan.
Baru dua bulan, tapi macam-macam perasaan ada bila masuk sini.
Sedih, gembira, biasa-biasa je.
First benda aku jejak kat KMPk ni. Keluar kereta lepas parking kat padang yang besar tu. Terus bimbit dokumen-dokumen penting yang perlu bawak time daftar dengan perasaan cuak. Lepas je settle sesi penyerahan dokumen, dapatlah kunci bilik. Aku dapat blok SERI KERIAN (T2.07). Terus ajak Akak dengan Kak Cik nak hantar beg baju sebab nak cop katil. Masa tu dalam hati dah terfikir-fikir macam mana lah rupa roommates yang aku dapat nanti. Naik tangga sambil berdebar jugaklah. Bila dah sampai bilik, nampaklah sorang perempuan ni. Orang first yang aku kenal sejak jejak kaki masuk bilik ni dia la. Nama dia Nur Mashitah binti Aiham. Dah macam nama adik (Che Nor) aku sebab ada Mashitah tu. Roommates yang lain menghilangkan diri lagi sebab yelah hari first kan mesti masing-masing busy dengan family dan urusan penting yang nak diselesaikan. Ohhh lupa, Mashitah tu asal dari Sg.Petani, Kedah. Lepas tu, lama sikit baru jumpa semua roommates, sorang tu nama dia Nur Najwa binti Razaob yang asal dari KL. Sorang lagi pulak nama dia Zakiah binti Iberahim asal orang Gopeng jeeee...
Dari kiri: Najwa. Zakiah, Mashitah dan aku.
Dari kiri: Najwa. Zakiah, Mashitah dan aku.
Okay selesai sesi kenal-kenal and kemas barang lepas tu aku terus gerak dengan Akak dan Kak Cik pergi Kafe C sebelah blok aku je. Sambil makan-makan minum-minum tu, dah rasa sebak dah sebab kena tinggal kat KMPk ni untuk masa kurang daripada setahun (2 Sem). Nak dipendekkan cerita, pantang kalau ada cuti balik bermalam yang balik petang Jumaat sampai Ahad tu aku takkan miss. Inshaa Allah la sebab dah macam janji kat diri sendiri pulak. Yelah susah do kalau nak balik bila duduk sini. Hahaha walaupun Gopeng dengan Kuala Kangsar takdelah jauh mana pun kan. Tapi still rasa macam childish gila bila tiba hari Ahad je dah cengeng macam sedih sangat je kena balik kolej balik. Hahaha lantaklah orang nak kata apa pun.
Ohhh, for your information aku bila duduk sini kalau nak balik selalu beli tiket kat abang (abang tu cam lembut sikit la) yang jaga kat terminal siswa tu. Biasanya aku akan ambil bas dari KMPk turun ke Terminal Amanjaya kat Ipoh tu. Harga tiket standard RM 10. Lepas tu kalau aku nak balik Kuala Kangsar sama ada call abang (dari Shah Alam sebab dia kerja sana) ambik kat Mydin sebelah Terminal Amanjaya tu je atau Akak akan ambik aku kat situ jugak. Setakat ni aku tak pernah ambik tiket dari Terminal Amanjaya tu naik bas Sri Maju lagi la sebab hari tu pun kes tiket habis. Yang baru-baru ni aku balik. Aku ambik direct dari KMPk-Grik turun ke Tol Kuala Kangsar sebab bas tu taknak singgah stesen bas. Terpaksalah aku korbankan RM 25 naik bas tu. Tiket bas balik ke tempat lain contoh macam KL, Butterworth, Sg.Petani, Taiping, Bagan Serai pun ada jugak. Jadi, tak perlulah nak risaukan pasal urusan nak balik ke rumah macam mana. Yang penting kena rajin bertanya kat abang tu.
Lagi, nak cerita apa eh? Hmm, ceritalah pulak pasal blok SERI KERIAN ni. Huhuuuu..
Alhamdulillah setakat ni kemudahan dia 90% okay bolehlah tahan. Tapi kalau bab nak ambik air panas untuk buat air minum-minum kenalah naik/turun tingkat 3 atau 1 sebab aras yang aku duduk ni takde sediakan pantri macam kat aras-aras tu. Yang tu dulu la, alhamdulillah dah nak masuk sem 2 haritu dorang bubuh machine air panas tu kat setiap aras. Kalau nak isi air mineral pun sama, tempat dia tu kena turun tangga lepas tu pergi ke arah laluan koridor nak ke kafe. Fuhh malas nak turun tu tak terkata la. Selalunya siapkan semua duit 10 sen lama untuk isi air je.
Lagi satu, wifi kat aras aku ni susah gila nak connected unless memang takkan dapat pun. Kalau nak merasa wifi free daripada staffkmpk tu rajin-rajinlah melepak kat aras bawah sekali. Itu pun kalau dapatlah, kadang-kadang ramai penggunanya. Biasanya aras tingkat 1 still boleh connect lagi. Ini pesanan penaja kalau nak mudah kerja dapat wifi selalu belilah la yang YES/Digi punya modem kecik rechargeable. Aku ye masa kat sini memang mudah nak connect internet kalau pakai benda tu. Takdelah nak kena beli data buat perabeh duit jaaa.. hahaha
Lagi satu, wifi kat aras aku ni susah gila nak connected unless memang takkan dapat pun. Kalau nak merasa wifi free daripada staffkmpk tu rajin-rajinlah melepak kat aras bawah sekali. Itu pun kalau dapatlah, kadang-kadang ramai penggunanya. Biasanya aras tingkat 1 still boleh connect lagi. Ini pesanan penaja kalau nak mudah kerja dapat wifi selalu belilah la yang YES/Digi punya modem kecik rechargeable. Aku ye masa kat sini memang mudah nak connect internet kalau pakai benda tu. Takdelah nak kena beli data buat perabeh duit jaaa.. hahaha
Kat sini blok dia kalau tak biasa awal-awal lagi masuk biasanya akan pening/sesat. Kalau nak tahu kenapa kenalah masuk KMPk dulu. Setiap aras ade 30 bilik kalau tak silap la dan aku jarang gila naik sampai tingkat 4 melainkan ada hal kat bilik kawan. Bilik iron okaylah setakat ni walaupun shawl hitam aku pernah berlubang sebab terbakar masa tengah iron. Cuma sikit je, dorang punya iron tu akan berantai seolah-olah macam taknak kasi orang curi gitu. Kalau blok/aras lain tu taktahulah pulak. Alhamdulillah, dorang ade aras yang dah ganti seterika baru. Pasal bilik air, bilik mandi, ruang basuh baju alhamdulillah okay. Ada certain je bilik mandi tu macam air pancut dia sadis sikit. Hahahah.. kalau nak tahu, aku ada je bilik mandi favourite kat sini. Jamban pun ada tauuuu...hahaha
Aku biasanya rutin harian bangun pukul 6.30 pagi, solat Subuh dulu lepas tu baru mandi pagi sebelum pergi kelas setakat ni mandi pukul 7 pagi. Masa tu tak ramai sangat orang tapi bolehlah takdelah sesak macam sebelum ni aku pukul 6 dah terpacak depan pintu bilik mandi sebab takut ramai padahal bila dah lama-lama, tahu dah trick macam mana taknak sesak-sesak cop bilik mandi. Tapi tu masa awal-awal lagi. Lama-lama lepas tu, aku solat subuh dalam 6.30 pagi macam tu then sambung tidur kejap sampai 7.15 pagi dan baru pergi bilik air mandi. Adalah sesak sikit tapi tak ramai pun. Ohhh, aku kat sini stail cop bilik mandi kena letak toiletries macam botol sabun mandi ke kat depan pintu tu. Yelah dah kata dah mestilah depan bilik mandi favourite, Hahaha... kalau dulu kat asrama (2 bulan je) aku biasa cop bilik mandi guna tuala then letak kat atas pintu. Habis mandi dalam 7.30 pagi macam tu then aku biasanya siap 15 minit je sampai 7.45 pagi. Siap-siap beg nak kelas bawak buku-buku penting ikut jadual hari tu dalam 5 minit dan terus gerak ke kelas.
Dulu, mesti aku sarapan dulu kat Kafe Elda (Kafe B2) tu sama ada makan nasi lemak letak telur goreng, sambal dengan ikan bilik/kacang takpun aku akan makan nasi goreng je. Kadang-kadang aku tak sarapan pun, makan biskut oat/roti yang beli siap-siap sebagai stok makanan kat dalam almari. Lepas sarapan, pergi la kelas (sambung Part 2 nanti). Lepas balik kelas dalam pukul 4.15 petang tu, akan terus makan tengahari+malam sebab nak jimat duit punya pasal. Hehehe... selalunya aku akan makan dengan Mashi (roommate). Tapi, lama-lama dengan kawan-kawan pulak. Habis je makan, terus naik bilik solat Asar dan kadang-kadang kalau penat yang tak tertahan atau mengantuk biasanya aku akan tertidur terlajak sampai maghrib. Bangun lepas tu solat Maghrib, sambil tunggu masuk Isyak mandi la dan solat Isyak terus. Lepas tu baru sambung buat hostelworks/study sampai la pukul 1@2 pagi. Aku setakat ni belum lagi pernah stay-up bangun pukul 4 pagi study sampai Subuh. Lepas siap semua kerja, baru tidur.
Aku biasanya akan kumpul baju dan basuh sekali seminggu. Ikutlah, masa awal-awal lagi rajinlah basuh guna tangan tapi lama-lama guna mesin basuh kat aras bawah jugak. Cuma kena sediakan duit syiling banyak-banyak je. Kena masukkan RM 1.80 okay. Esoknya sidai la baju-baju tu kat tempat sidai kain kat aras bawah sebab selalunya kat depan koridor bilik aku ada je tempat sidai kain tapi burung selalu lepak 'membuang hajat-hajat' mereka kat situ sampai terkena tempiasnya. Haduii satu kerja pulak nak basuh balik kotoran tu. Penat tauuu...
Okaylah setakat ni je kot yang aku boleh cerita dulu.
Jumpa lagi untuk entri seterusnya dalam Part 2.
Bye...
Comments
Post a Comment