IPG? - Part 1
Okay hi! Assalamualaikum
Ini first post aku nak cerita pasal life aku lepas matrik (Ex KMPk 16/17). Yup, macam yang korang perasan tajuk entri aku tu IPG kan. Yes, aku sambung belajar kat IPG sekarang ni dalam kos Teaching of English as a Second Language (TESL). Kat IPG mana? Kat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA)
Yang ini time kiteorang satu kelas nak tangkap gambar sama-sama for the first time
Nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah mohon dah tahun lepas (2016) tapi lupa nak hantar permohonan and just simpan as draft sebab ada maklumat yang tak lengkap. Macam kelakar je sehari selepas tarikh tutup permohonan baru sedar tak hantar. Kalau tak, aku dah sama batch dah dengan yang sebaya aku yang sekarang ni dah masuk PISMP Semester 1 ambilan Jun 2017. Sekarang ni aku kira lambat setahun daripada dorang, takpelah redha jelah kan. Sebaya ke tak asalkan dapat sambung belajar. So, sekarang ni aku ni PPISMP ambilan Jun 2017 sebab kena lalui dulu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua semester iaitu setahun.
Kenapa tak sambung bidang sains? Sebenarnya ada je dapat tawaran degree haritu, sambung kos sains marin kat Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Tawaran degree yang terpaksa dilepaskan. Huhu
Tapi time tu dah masuk IPG dah pun. Tawaran degree tu keluar lambat sangat. Hahaha.. Kenapa tak keluar daripada IPG je? Hmm.. kalau ikutkan memang minat nak sambung bidang sains pun tapi bila fikir balik, macam tak mampu je nak bawak. Jadi, teruskan jelah nak jadi cikgu ni walapun kira macam pilihan terakhir la. Kecewa jugak sebelum ni sebab cita-cita nak jadi veterinar tapi disebabkan result matrik tak memuaskan dan kos yang aku nak sangat tak dapat. Takpelah, kira bersyukur dapat sambung belajar pun dah cukup. Ada orang lain payah, rezeki masing-masing kan.
Muka lepas jawab Ujian Bertulis. Ni Nad, kawan sekolah kat SMKA Kerian dulu lepas tu masuk KMPk. Kiteorang dapat hari yang sama untuk UKCG ni. Cuma dia sesi lain.
Okay, aku mulakan macam mana aku boleh terjebak dengan IPG ni. Mulanya sajalah mohon balik masa tu tengah dah nak habis semester 2 kat matrik, mohon sekali jugak dengan yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk yang IPG ni aku mohon kos Bahasa Inggeris dengan Sejarah. Alhamdulillah dapat yang Bahasa Inggeris, tak risau sangat sebab sebelum ni kakak aku pun kos yang sama and belajar kat IPG jugak. IPG ni ada dua peringkat nak lepas masuk. Pertama, dapat tawaran Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). UKCG ni kira ujian yang nak uji tahap kecergasan korang selain ujian bertulis yang ada pada hari yang sama, ujian bertulis ni buat pagi yang ujian kecergasan tu buat petang. So, kalau dapat kenalah datang mana-mana kampus IPG yang ditetapkan dengan memakai pakaian sukan seperti mana yang diberitahu dalam panduan. Alahhh, UKCG tu lebih kurang macam Ujian SEGAK cuma tambah dengan Bleep Test (penat jugaklah).
Time lepas dah selesai temuduga. Alhamdulillah :)
Kedua, kalau korang lepas UKCG tu inshaaAllah dapat tawaran temuduga pulak. Tempat untuk UKCG dengan temuduga ni tak ingat dia tetapkan macam mana. Tapi aku dua-dua tempat untuk UKCG dengan temuduga kat IPG yang sama iaitu kat IPG Kampus Ipoh. Temuduga ni pertama sekali pastikan korang sediakan semua dokumen yang perlu tu cukup. Jangan last minute preparation pulak. Hari temuduga tu aku datang-datang je terus kena masuk satu bilik ni dan semua calon diberi taklimat dahulu. Kemudian, setiap calon akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk bilik mana yang ditemuduga. Satu bilik adalah dalam lima calon kalau tak silap. Penemu duga tu rasanya pensyarah kat kampus tu jugak. Adalah soalan-soalan unexpected dorang akan tanya. Kalau dia suruh berlakon ke menyanyi buat je dengan confident eh. Hahaha..
Masa hari daftar, tangkap gambar sebab ibu dengan ayah dah nak balik Perak lepas hantar aku kat sini.
Sebenarnya, aku rasa ayah nak sangat aku jadi cikgu. Tengok muka dia happy gila bila aku bagitahu aku dapat tawaran masuk IPG ni. Aku mula-mula terkejut sebab kira ni paling jauh tempat aku belajar. Sedih jugaklah. Yelah, walaupun kat KL je dan baru je bercuti dua bulan lepas habis matrik. Dua bulan je....... kawan-kawan aku yang lain yang masa tu tengah tunggu nak masuk degree pun cuti lama sampai bulan 9. Aku korbankan masa cuti aku dan kena daftar masuk IPG ni tarikh 10 Julai 2017. Kalau dulu masa awal-awal masuk matrik time sehari sebelum puasa, yang ini masuk lepas raya Aidilfitri. Memang tak raya sakan la sebab kena buat persediaan barang-barang, dokumen-dokumen yang perlu. Ingat senang ke kalau benda-benda penting tu terlupa ke apa sebab payah nak ulang-alik pergi balik rumah.
Okay, dah tak larat nak cerita apa. Nanti aku sambung lagi cerita pasal orientasi, classmates, jadual macam mana semuanya dalam Part 2.
#kalauadayangtakbetulsilabetulkan
#kalauadayangtakbetulsilabetulkan
Bye!
Klu tesl mmg blja kt ipg kba kt kl je ke?
ReplyDeletetakla. banyak ja ipg yang tawarkan major tesl. salah satunya? ipg kampus kent sabah ahahaha. saya pun pelajar tesl juga. baru masuk first year degree.
DeleteSy tengah ambil stam , tiba² rasa xboleh bawak dah . Memang cadang nk masuk ipg pasni ,mohon guna spm kan? Umur 2022 ni 19 , mcm mane proses mohon tu ye , ade beza ke dgn yg lain? Sbb dh lambat setahun kan😅
ReplyDelete