Matriculation Life - Part 3

Okay, aku masuk Part 3 pulak. Part paling penting dalam life aku kat matrik. Yes, of course la. Kalau takde dorang ni, hambar gila life aku kat sana. Aku akan cerita based on gambar okay. 

Ni tiga bae kuntum bunga wangi kesayangan aku.

Yang ni pun, sekuntum bunga yang manja. Haha

Okay bawah ni aku start cerita pasal sorang-sorang pe'el perangai dorang macam mana.


Mah a.k.a Hanis. Sebenarnya aku dah kenal dia dah since aku masuk SMKA Kerian dulu. Tapi aku tak berapa cam dia sangat pun. Tahu-tahu je sekelas. Dia ni paling rock dan paling gila dalam geng kiteorang. Dia ni nampak je ganas tapi hati dia perghhh... aku pun confuse dia dengan Pia mana lagi banyak cakap. Tapi, kalau dia ni sembang dengan Pia, bab* pun boleh terbang. Hahaha, kalau dia dengan Azira pulak lagi laaa. taknak kalah do, ada je benda nak gaduh. Gaduh manja jelaaa... Mah ni aku kagum dengan dia pandai gila bab programming dengan subjek Chemistry. Aku duk sebelah dia dalam lab Sains Komputer selalu la tanya dia pasal benda alah tu. Yang aku kagum kat si Mah ni, aku kalau boleh nak pinjam semangat dia tu, aku nak pinjam. Entah, aku nampak dia ni lain la daripada semua kawan-kawan aku yang biasa. Taktahu kenapa. Huhu


Yang ni Pia. Dia ni paling kuat perasan dalam geng kiteorang. Kalau bab perasan ke #doneriak bolehlah kasi kat dia. Hahaha.. Pia ni cakap laju gila. Kalau nak cakap dengan dia, kena focus betul-betul tau. Nasib la sape jadi laki si Pia ni. Hikhik. Pia ni ayu je. Insecure tengok dia. Kira macam gadis melayu terakhir la. Pia, kalau kau baca ni please mata ke atas tangan di bahu ek. Terima kasih bagi aku tumpang tidur bilik hang dulu, walaupun sejuk nak mati kat blok Teja tu. Si Pia dengan Mah berjiran sebelah-sebelah bilik macam aku dengan Azira. Haaa nampak tak kalau jodoh tak ke mana. Hahah


Aziraaaa, macam jodoh pulak kan. Dahlah sekelas pastu jiran sebelah bilik. Selalu jugak la aku merempat pergi bilik dia. Saja nak manja-manja saja nak mengada. Tapi, Azira kalau pergi bilik aku dia nak pinjam katil aku nak tumpang tidur je. Hahah.. Dia ni yang aku insecure kat dia sebab dia punya tahap perfectionist tu perghh, baju dalam almari dia haa tergantung cantik je. Tulisan cantik kalah komputer wehhh. Aku paling ingat time yang hang terjatuh kat tangga sebab licin lepas tu hang buat muka blurrr... Hahaha tu paling kelakar. Kadang-kadang kalau lepas minggu balik, ada je time yang kiteorang rasa homesick gila. Selalu share cerita sama-sama. Pergi kelas sama-sama. Sampaikan kalau Azira siap lambat, dia suruh aku pergi dulu. Tapi aku taknak, takde pasal la nak pergi sorang tinggal hang. Hahah kadang-kadang jugak kalau pergi kelas, dia la selalu bukak pintu bilik aku pulak kalau aku siap lambat. Azira ni kira paling susah aku nak selfie dengan dia. Kan aku dah kata ada berapa kerat je aku dengan dia. 


Yang ini kiteorang selfie time lepas first time in forever outing sama-sama kat Ipoh Parade tengok movie The Great Wall. Selalunya tiap hari Jumaat kiteorang akan makan sama-sama, lagi-lagi Nasi Ayam kat Kafe C. Tengok tu, aku lah paling tinggi tu yang aku kena jadi monopod dorang. Hehe.


Alia.... partner in crime dalam kelas. Dia ni takleh blah takut sangat aku cam garang ke tetiba marah ke. Hahah.. selalu aku lepak dengan dia kalau hari Jumaat rajinlah pergi kat taman atas dekat dengan UFO tu. Share cerita macam-macam. Aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar aku. Dia ni baik sangat. Lembut je kalau cakap, paling susah la nak dengar dia tinggi suara ke apa. Kalau cakap dengan dia memang loghat utagha aku kadang-kadang terkeluaq. Sama jugak kalau aku cakap dengan Azira. Heheh.. kadang-kadang kalau nak ajak makan, aku akan ajak antara dorang berempat ni teman aku makan selain roommates. Alia ni partner aku pergi kubikel. Selalu kadang sampai petang kiteorang berkampung kat kubikel tu lepas tu solat Asar kat Masjid KMPk. Hang la orang last aku jumpa sebelum nak balik masa hari last exam tu. Cuak aku takut tak sempat jumpa hang, nasib baik aku syukur sangat sampai nangis nampak hang kat tangga sebab hang tak balik lagi. Habis nangis-nangis, peluk-peluk. Sobsobsob

Sorrylah kalau aku tak banyak cerita dalam ni. Sebab semua kenangan aku dengan korang aku selalu simpan kemas dalam kepala otak and hati aku weh. Nak cerita semua kalau boleh memang nak type. Tapi tak mampu sebab terlalu manis dan terlalu banyak benda nak cerita. Dua sem dalam masa tak sampai setahun kita boleh rapat kan. Dulu aku punyalah cakap kat diri sendiri, alahh aku takkan rindu zaman matrik. Tapi tengok, sekarang sebenarnya aku rindu sangat. Aku rindu korang. Sekarang semua dah bawak haluan masing-masing. Korang dah masuk U jauh-jauh daripada aku, belajar elok-elok. Jangan lupa aku weh, walaupun kita sekarang still contact tapi takdelah selalu macam dulu. Kita ingat, kita doa antara satu sama lain pun aku dah cukup bersyukur. Aku sayang korang weh. Aku punya la berharap sangat yang aku dekat sini akan jumpa kawan yang macam korang. Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Huhu

Comments

Popular posts from this blog

IPG? - Part 1

IPG - Part 2

Bell Palsy